Mentor Akaun 3

Last update by Muhammad Harith bin Zulkeflee
Mentor Akaun 3

Mentor Akaun 3

Kenali Akaun: Apakah 3 perkara yang perlu dilengkapkan oleh usahawan dan peniaga sebelum 3 risiko ini menjadi realiti? Apakah 3 risiko tersebut?

3 perkara yang perlu dilengkapkan oleh usahawan dan peniaga sebelum 3 risiko tersebut menjadi realiti adalah:

 

1. Dokumen 

Dokumen merupakan bukti bahawa transaksi itu wujud.

Contoh: Resit pembayaran selepas membeli barang dari kedai serbaneka.


2. Rekod

Rekod merupakan satu proses di dalam perakaunan yang mencatat maklumat penting di dalam dokumen di atas.

Contoh: Maklumat di dalam resit pembayaran seperti pembelian satu sabun basuh pinggan sebanyak RM5.00 di kedai serbaneka


3. Fail

Fail merupakan satu proses di dalam perakaunan yang menyimpan segala dokumen di atas di dalam fail yang ditetapkan untuk tujuan rujukan bagi audit, cukai mahupun dengan kerajaan.

Contoh: Menampal resit pembayaran dari kedai serbaneka di dalam kertas dan diletak di dalam fail.


3 risiko tersebut seperti di bawah:-

 

1. Denda

Denda yang dikenakan kerana tidak menyimpan dokumen bagi tujuan rujukan.


2. Penalti

Penalti yang dikenakan kerana gagal menyediakan bukti dokumen bagi pelepasan cukai yang diminta.


3. Saman

Saman kepada syarikat, usahawan, dan perniagaan yang gagal merekod dan failkan maklumat penting berkaitan operasi mereka.

It has been read 73 times
Mentor Akaun 4
Previous article
Mentor Akaun 4
Mentor Akaun 2
Next article
Mentor Akaun 2

Calendar



Gallery

Who is online

We have 17 guests and 0 users online.