KUNJUNGAN HORMAT PPTEM KEDAH KE PEJABAT YB AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI KEDAH, PELANCONGAN, KEBUDAYAAN DAN KEUSAHAWANAN

Last update by Muhammad Harith bin Zulkeflee
KUNJUNGAN HORMAT PPTEM KEDAH KE PEJABAT YB AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI KEDAH, PELANCONGAN, KEBUDAYAAN DAN KEUSAHAWANAN

ALOR SETAR, KEDAH 2 Jan – Pertubuhan Pemerkasaan dan Transformasi Ekonomi Malaysia (PPTEM) Negeri Kedah telah mengadakan Kunjungan Hormat ke pejabat YB EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Negeri Kedah iaitu YB Dato’ Haji Mohd Salleh bin Saidin.

PPTEM telah diketuai oleh YBhg Ustaz Yusuf Abdullah, Pengerusi PPTEM Negeri diikuti oleh Ahli Jawatankuasa PPTEM Negeri Kedah. Turut serta dalam kunjungan hormat tersebut ialah YBhg En. Haris Fadzlah Mat Ali, Penaung / Penasihat PPTEM Malaysia mewakili Pengerusi dan AJK Pusat.

Perbincangan dua hala telah dapat dilaksanakan walaupun YB Dato' dalam situasi yang sangat sibuk, Pengerusi PPTEM Kedah memperkenalkan AJK yang turut serta dalam kunjungan hormat tersebut dan YBhg En. Haris Fadzlah telah memberikan taklimat ringkas kepada YB Dato’ mengenai hala tuju, visi dan misi PPTEM Malaysia dan Kedah. Di dalam taklimat itu juga terdapat beberapa perancangan yang telah dilaksanakan seperti Pemerkasaan Supermarket / Kedai Runcit di setiap kawasan Parlimen 10 kedai, Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Produk Usahawan (4PU) Negeri Kedah yang telah dicadangkan di Gurun, program Usahawan SANDBOX yang telah diadakan pada 30 Dis yang lepas, Superapp RIZQMALL 10 dalam 1 dan beberapa perkara lain.

YB Dato’ juga memberi maklum balas dan mengalu-alukan PPTEM untuk mengukuhkan dan membantu kerajaan negeri bagi membangunkan dan memperkasakan usahawan di Negeri Kedah. Beliau juga menyatakan sokongan dan berterima kasih di atas kesudian PPTEM untuk berada di Kedah dan YB Dato’ akan sentiasa menyokong segala usaha dan inisiatif yang telah dan yang akan dilaksanakan di Negeri Kedah.

Kunjungan hormat tersebut berlangsung selama hampir satu jam.

It has been read 441 times

Calendar



Gallery

Who is online

We have 14 guests and 0 users online.