Mesyuarat Awal Kerjasama UKM Pakarunding dengan PPTEM

Last update by Admin One
Mesyuarat Awal Kerjasama UKM Pakarunding dengan PPTEM

Mesyuarat Awal Kerjasama UKM Pakarunding dengan PPTEM

UKM BANGI, SELANGOR 03 Nov - Mesyuarat awal kerjasama PPTEM dengan UKM Pakarunding telah diadakan di UKM pada hari ini.

Kedua-dua belah pihak telah diwakili kepimpinan / pengurusan organisasi masing-masing.  Mesyuarat telah di Pengerusikan oleh YBhg Assoc. Prof. Ts. Dr. Nurhizam Safie Mohd Satar yang juga Dekan Fakulti Information Science and Technology, turut hadir ialah YBhg En. Ts. Yuriny Adnan, Pengurus Besar UKM Pakarunding, En. Mohd Fikri Mohd, Ketua Business Development UKM Pakarunding dan En. Ts. Meor Izwan Shah Salehuddin, Advisory & Project Management Executive UKM Pakarunding.

Manakala PPTEM telah di ketuai oleh YBhg En. Haris Fadzlah Mat Ali, Penaung dan Penasihat PPTEM, YBhg Tuan Hj. Roslan Rahmat, Ketua Kluster Ekonomi 1 - ICT & Multimedia PPTEM dan YBhg En. Euzid Daud sebagai AJK Kluster Ekonomi 1 - ICT & Multimedia PPTEM.

Mesyuarat telah berlansung selama dua jam, dan beberapa kerjasama awal seperti pembangunan Applikasi Mobil, program Pemerkasaan & Transformasi Perniagaan Runcit Muslim, program pengisian dan menyambut Veteran Tentera tidak berpencen dan beberapa perkara awal lain.

Banyak kerjasama dapat dilaksanakan dan program kerjasama ini dijadikan program tiga penjuru iaitu Universiti / Kerajaan - NGO - Industri. 


Kerjasama ini akan melihat pencapaian-pencapaian Usahawan Muslim di Malaysia dan ia akan bermula dengan Kajian dan Perancangan, Perlaksanaan dan Pencapaian.

Satu Memorandum Persefahaman (MOU) akan ditandatangani pada waktu terdekat untuk memastikan PPTEM dan UKM Pakarunding dapat melihat titik-titik kerjasama berdasarkan kepada Pelan Tindakan yang telah disediakan oleh PPTEM.


It has been read 454 times

Calendar



Gallery

Who is online

We have 51 guests and 0 users online.