TAWARAN : PEMBELIAN SAHAM SYARIKAT AWAM – RIZQ MARKETPLACE BERHAD | 202101040412 (1440712-D)

Last update by Muhammad Harith bin Zulkeflee
PEMBELIAN SAHAM SYARIKAT AWAM – RIZQ MARKETPLACE BERHAD
PEMBELIAN SAHAM SYARIKAT AWAM – RIZQ MARKETPLACE BERHAD

RIZQ MARKETPLACE BERHAD

TAWARAN : PEMBELIAN SAHAM SYARIKAT AWAM – RIZQ MARKETPLACE BERHAD | 202101040412 (1440712-D)

PENDAHULUAN

RIZQ MARKETPLACE BERHAD, adalah sebuah syarikat awam yang diperbadankan sejak 30 November 2021 dengan Nombor Pendaftaran 202101040412 (1440712-D).

Syarikat ini masih dalam proses penyusunan semula Ahli Lembaga Pengarah dan Pemegang Saham Syarikat.

TUJUAN

Tujuan cadangan ini adalah untuk menjemput kepada Ahli PPTEM dan Usahawan PPTEM yang berminat untuk MEMIMPIN dan menjadi PEMEGANG SAHAM di dalam syarikat.

INDUSTRI

Syarikat ini terlibat di dalam 3 sektor Industri di bawah Kluster Ekonomi 2 (Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Produk Usahawan (4PU) – Warehouse dan Kluster Ekonomi 4 (Premis) seperti berikut :

1. Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Produk Usahawan (4PU) – Pemborong dan Pengedaran (Warehouse).
2. Sektor Peruncitan (Pasaraya / Runcit) di bawah jenama RIZQ Mart (2,200 outlet)
3. SuperApp RIZQMALL (10 dalam 1)
4. Perniagaan-Perniagaan Lain

  1. PERNIAGAAN 1 : PUSAT PENGUMPULAN DAN PENGEDARAN PRODUK USAHAWAN (4PU).  Syarikat telah merancang untuk membangunkan 4PU ini di premis dan lokasi seperti di bawah:

Kebangsaan :

18 dan 19, Jalan Sri Rejang 1,
Seri Rampai Business Park,
53300 SETAPAK, Kuala Lumpur

Negeri Kedah :

IDEAS Kedah Berhad
Gurun, Kedah

PERNIAGAAN 2 – PEMERKASAAN PERNIAGAAN RUNCIT (RIZQ MART).

Program Pemerkasaan dan Transformasi Pasaraya / Kedai Runcit Muslim di seluruh negara akan dilaksanakan pada tahun 2024 bermula di negeri Kedah. Pada masa kini, (IDEAS Kedah Berhad) sedang berada di dalam proses untuk mendaftarkan 10 Kedai Runcit yang sedia ada bagi setiap kawasan Parlimen di Negeri Kedah (15 kawasan Parlimen) dan jumlah ini dijangka menaik kepada 150 kedai runcit.

Satu perjumpaan khas dengan YAB MB Kedah akan diadakan pada bulan Jan 2024 (surat sudah dihantar dan diterima oleh Pejabat YAB Menteri).

Sila Rujuk : https://harisfadzlah.com/2023/12/04/tawaran-mengikuti-program-pemerkasaan-dan-transformasi-usahawan-perniagaan-kedai-runcit-pasaraya-muslim-seluruh-negara/

Bagi negeri lain, Wilayah Persekutuan (MAIWP Mart) sedang berada di peringkat penyediaaan kertas cadangan kerjasama. WP mempunyai 11 kawasan Parlimen, namun 2 kawasan Parlimen iaitu Putrajaya dan Labuan dihadkan kepada 2 kedai sahaja. Pada masa kini, Putrajaya sudah mempunyai 2 kedai di Presint 5 dan Presint 9 dan 1 kedai di Labuan. Jika keadaan mengizinkan ,90 kedai MAIWP Mart di WP akan diwujudkan lagi dengan kerjasama RMB.

Sila Rujuk : https://harisfadzlah.com/2023/12/02/perbincangan-awal-pptem-bersama-mawip-dagang/

PERNIAGAAN 3 – SUPERAPP RIZQMALL (10 dalam 1). Pada dasarnya, Apps ini telah pun disiapkan dan kini telah boleh dimuat naik dari Google Play Store dan Apple Store. Kini, RIZQ Marketplace Berhad sedang mendaftarkan vendor-vendor Muslim di dalam Apps ini namun pendaftaran vendor masih perlahan kerana kekurangan peruntukan untuk pemasaran dan promosi.

Untuk mencuba, semua bakal Pemegang Saham boleh memuat naik applikasi ini dengan QR Code ini:


PERNIAGAAN 4 – POS SYSTEM / HARDWARE & PERISIAN AKAUN. POS System dan Akaunting Software telah pun dibangunkan dan disediakan oleh Kluster 1 untuk kegunaan Kedai Runcit (dan perniagaan yang lain). Namun sehingga kini RIZQ Marketplace Berhad belum membeli beberapa hardware untuk ujinilai, dan sistem ini akan diintegrasikan dengan SuperApps RIZQMALL bagi memudahkan peruncit / pengguna untuk membeli Business to Business (B2B) dan Customer to Business (C2B).

RUMUSAN

Program / Syarikat ini adalah salah satu cara kita sebagai Muslim untuk bersaing secara sihat dalam memperkasakan Usahawan Muslim di seluruh negara. RIZQ Marketplace Berhad mestilah menjadi pemain GELOMBANG BARU di negara ini.

BERMINAT?

Kepada yang berminat, boleh membeli Saham Syarikat ini mengikut syarat dan terma seperti berikut :

    • Mestilah MUSLIM
    • Berumur 18 tahun ke atas
    • Nilai saham adalah RM 1.00 per unit.
    • Minimum pembelian bagi setiap Nama / Syarikat / Perniagaan / Koperasi adalah 1,000 dan maksimum 10,000 unit sahaja.

PEMBELIAN

Boleh klik Link berikut : https://toyyibpay.com/RIZQ-Marketplace-Berhad

PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi nombor telefon dan email di bawah :

Nombor Telefon:

+60 111 528 2020
+60 111 528 2020


email:

admin@harisfadzlah.com




It has been read 143 times

Calendar



Gallery

Who is online

We have 36 guests and 0 users online.