USAHAWAN VS PENIAGA

Last update by Muhammad Harith bin Zulkeflee
USAHAWAN VS PENIAGA


Usahawan dan peniaga merupakan dua individu yang berbeza.

Di dalam Bahasa Inggeris, usahawan diterjemahkan sebagai ‘entrepreneur’. ‘Entrepreneur’ merupakan terjemahan daripada Bahasa Perancis ‘entreprendre’ yang bermaksud seseorang yang memikul tugas atau mencuba. Di dalam bahasa Melayu, usahawan ditakrifkan sebagai seseorang yang mengusahakan sesebuah perniagaan. McClelland (1961) merujuk usahawan sebagai seseorang yang mempunyai inovasi. Sebelumnya, Schumpeter (1934) turut mentakrif usahawan itu merupakan individu yang melakukan inovasi untuk kesejahteraan organisasinya.

Berbeza dengan peniaga, peniaga pula merujuk kepada individu yang menjalankan kegiatan jual beli dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. Kebiasaannya peniaga akan memberi barangan secara pukal dengan harga yang murah sebelum memperdagangkannya semula dengan harga yang lebih mahal.

Untuk memahaminya dengan lebih jelas, berikut merupakan ciri-ciri yang ada pada usahawan dan juga peniaga.

USAHAWANPENIAGA
sentiasa membuat pengubahsuaian pada produk  membeli barangan secara pukal untuk dijual semula
sentiasa mencari idea-idea baharu harga secara pukal yang diperoleh sangat berbeza dengan harga jualan
lebih mementingkan khidmat kepada masyarakat tidak mencipta barangan sendiri untuk dijual
It has been read 506 times

Calendar



Gallery

Who is online

We have 8 guests and 0 users online.