MESYUARAT KERJASAMA PENGANJURAN PROGRAM SANDBOX (THE ENTREPRENEUR KICK START) PPTEM, IDEAS BERHAD DAN BANK MUALAMAT

by Muhammad Harith bin Zulkeflee
MESYUARAT KERJASAMA PENGANJURAN PROGRAM SANDBOX (THE ENTREPRENEUR KICK START) PPTEM, IDEAS BERHAD DAN BANK MUALAMAT

PPTEM, IDEAS BERHAD DAN BANK MUAMALAT

KUALA LUMPUR 13 Dec – Mesyuarat kerjasama penganjuran program SANDBOX – The ENTREPRENEUR Kick Start (TEKS) telah diadakan di Pejabat Urusan PPTEM.

PPTEM / IDEAS Berhad yang diwakili oleh YBhg En. Haris Fadzlah dan Ahli Jawatankuasa serta Bank Muamalat yang diwakili oleh YBhg En. Mohd Yaakub Mohd Yunus dan Pengurusan Bank.

Mesyuarat dimulai dengan sesi taaruf pada kedua-dua belah pihak. YBhg En. Haris telah menerangkan program SANDBOX secara terperinci dan pihak Bank Muamalat telah berpuas hati dengan beberapa kerjasama yang akan dilaksanakan bermula tahun 2024.

Sasaran PPTEM / IDEAS Berhad adalah untuk mewujudkan 30,000 usahawan dengan Bank Muamalat menjadi Perbankan yang menawarkan pembukaan Akaun Semasa Perniagaan dengan beberapa ciri yang istimewa. Disamping itu, Bank juga akan bekerjasama dalam program-program pembelajaran pengurusan kewangan untuk memastikan bahawa kesemua usahawan SANDBOX mampu berdaya saing dan berdaya tahan.

Beberapa kerjasama lain juga telah dibincangkan dan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari.

It has been read 797 times

Calendar



Gallery

Who is online

We have 31 guests and 0 users online.