PROGRAM SANDBOX (THE ENTREPRENEUR KICK START) – 2024

Last update by Muhammad Harith bin Zulkeflee
PROGRAM SANDBOX (THE ENTREPRENEUR KICK START) – 2024

Program Sandbox

PENGENALAN
SANDBOX (Kotak Pasir) di sediakan di tapak buaian permainan kanak-kanak, supaya anak-anak yang bermain buaian tidak tercedera jika kemalangan.

Begitulah istilahnya bila kita mahu membangun, membimbing dan membina Usahawan, perlu disediakan PLATFORM, supaya risiko kegagalan dapat di kurangkan dan pencapaian dapat ditingkatkan .

SANDBOX merupa sebuah program usahawan pemula diberi nama “The ENTREPRENEUR Kick Start”.

SANDBOX digambarkan sebagai wadah untuk para Usahawan Siswazah, Belia dan Beliawanis mendapat bimbingan dari pakar, pelabur, dana dan fasiliti bagi memulakan dan mengembangkan perniagaan.

TUJUAN
    • Melahirkan Usahawan dari kalangan Siswazah, Belia dan Beliawanis yang Berjaya dan Berdaya Saing.
    • Memulakan Perniagaan dengan Modal sangat Minimum (memulakan perniagaan dengan modal sendiri)
    • Disediakan Geran dan Kredit (mengikut syarat & terma).
    • Memilih Perniagaan yang boleh memberikan Impak dan Kesan Ekonomi kepada Agama, Bangsa dan Negara (ABATA).
    • Dibimbing dan Dilatih oleh mereka yang berpengalaman selama 2 tahun.
    • Menjadikan Pelatih sebagai Usahawan Bijak, Tahan Tekanan, Halangan, Kreatif dan Inovatif.
GALAKAN BERNIAGA DALAM ISLAM
  • ISLAM menggalakkan umatnya menjalankan aktiviti Perniagaan.
  • Dalam ISLAM, Perniagaan dianggap satu aktiviti yang sangat Mulia. Ia merupakan IBADAH dan juga SUNNAH Rasul SAW.
  • Rasulullah SAW seorang Ahli Perniagaan yang Berjaya. Rasulullah SAW pernah menjadi wakil perniaga kepada Khadijah binti Khuwalid RA ke negeri Syam.
  • Rusullah SAW menegaskan bahawa 9/10 daripada rezeki datangnya dari Perniagaan. Rasulullah SAW pernah bersabda dalam satu hadis bermaksud :

“9/10 rezeki itu adalah datang daripada Perniagaan (Riwayat Tirmizi)”

TUJUAN PROGRAM SANDBOX
MEMBERI PELUANG KEPADA :

  • Graduan / Siswazah.
  • Usahawan / Bakal Usahawan / Pesara
  • Belia dan Beliawanis.
  • Ibu Tunggal, Ibu Tinggal atau Balu.
  • OKU

MEMULAKAN PERNIAGAAN DENGAN MODAL YANG PALING MINIMUM.

MENYEDIAKAN :

  • Kursus, Latihan dan Konsultansi
  • Menyediakan Peluang-Peluang Perniagaan
  • Bimbingan, Persian dan Platform

MENYEDIAKAN DANA (GERAN &  KREDIT).

SYARAT PENYERTAAN
  • Muslim
  • Lelaki / Wanita
  • 18 Tahun ke atas
  • Minat Mendalam dalam Bidang Keusahawanan / Perniagaan
  • Bersedia untuk Mengikuti Program dan Menandatangani Akujanji
  • Tekun, Doa dan Tawakal
HADIR TAKLIMAT / MAJLIS PENERANGAN
Sila Rujuk di laman sesawang :

atau boleh masuk ke Group WhatsApps di link berikut :

untuk mengetahui lokasi dan tarikh taklimat di seluruh negara.

PERTANYAAN
Sebarang Pertanyaan, boleh menghubungi kami di :

Pertubuhan Pemerkasaan dan Transformasi Ekonomi Malaysia (PPTEM)
19 – 2, Jalan Sri Rejang 1
Seri Rampai Business Park
53300 SETAPAK
Kuala Lumpur

Telefon :

+60 111 528 2020
+60 111 538 2020

Email :

admin@harisfadzlah.com


It has been read 640 times

Calendar



Gallery

Who is online

We have 38 guests and 0 users online.